Bermain dengan kata-kata untuk mempermainkan minda


Excuse me while i Frame myself by Mattijn

1. Panjang tajuk entri kali ini. ;) Maksudnya mudah sahaja iaitu kata-kata, atau ungkapan atau ayat atau paling besar maksudnya ialah bahasa mampu digunakan untuk memanipulasikan manusia kerana manusia bergerak melalui mindanya.

2. Bahasa yang dimaksudkan pula boleh kita terjemah menjadi alat komunikasi iaitu alat perhubungan manusia sesama manusia kerana komunikasi itu bergerak melwati pelbagai cara iaitu bahasa gerak badan, bahasa media seperti muzik dan gambar dan bermacam-macam lagi. Sekiranya tersampai maksud antara kelompok melalui medium itu maka mereka telah bekomunikasi.

3. Justeru, untuk menggerakkan manusia melalui mindanya itu bolehlah kita membuat perbandingan seperti menggerakkan aplikasi komputer dengan menggunakan baris-baris arahan (commands) dalam bahasa pengaturcaran (programming language). Manusia itu aplikasi, mindanyanya adalah ruang melarikan aplikasi, bahasa pengaturcaraan adalah alat komunikasi dan baris-baris arahan ialah ungkapan kata-kata.

4. Kata-kata, sangat kuat pengaruhnya terhadap manusia. Jika ia diulang-ulang, maka ia akan tertanam di dalam sanubari. Ia akan melekat di hati. Selalunya proses Membasuh otak (brainwash) akan melakukan pengulangan kata. "repeatition is key". Itulah alat paling utama dalam brainwash. Jika kita mahu menanam kebencian atau kita mahu memupuk sayang atau perpaduan, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengulangi kata-kata.

5. Banyak contoh daripada ahli politik kita yang mempunyai ungkapan-ungkapan tertentu bagi menentukan arah aliran minda rakyat yang seringkali diulang-ulang. Sebagai contoh paling ketara ialah kata Reformasi dari Dato Seri Anwar Ibrahim. Dato Seri Najib juga mempunyai ungkapan popular iaitu 1 Malaysia. Sama seperti tun Abdullah dengan Islam Hadharinya. Masa zaman Tun Dr. Mahathir pula kita biasa dengar Malaysia Boleh!. Presiden Obama pula dengan Yes We Can. Ada juga perkataan yang kita tanpa sedari merupakan permainan perkataan tetapi ia begitu tertanam dalam sanubari. Sebagai contoh, Dato Seri Anwar Ibrahim suka menggunakan UMNO-BN merujuk kepada lawannya, Manakala ada juga kalangan akan menggunakan perkataan Hudud Ala PAS untuk menggambarkan perbezaan penerimaan sesuatu perkara.

6. Jelasnya minda manusia mampu terarah kepada sesuatu perkara hanya dengan dengan menanamkan sesuatu konsep melalui perkataan. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah dibasuh otaknya.

7. Bagi mencapai maksud tertentu, proses pembasuhan otak ini akan menumpukan sentimen emosional berbanding rasional. Ini kerana minda manusia lebih tertangkap dengan emosi berbanding realiti. Maka penekanan terhadap perkara-perkara yang salah akan dijadikan umpan. Semasa ini peranan "two half-truths make up a whole truth" dipakai.

8. Lazimnya, untuk memenangi sesebuah komunikasi atau dalam kata lain, mempengaruhi minda atau pembersihan otak, "Framing is everything".  Sebagai contoh, seorang ahli politik akan menentukan perkara yang dia mahu orang lain percaya. Katakan dia mahu  orang lain percaya dia adalah "suci", maka dia akan membentuk kerangka dalam apa juga pembentukan kata-katanya agar ternampak dia adalah "suci". Dalam hal ini framing ialah memberikan pemilihan kepada orang tetapi pilihan itu tetap terarah kepada "kesucian"nya atau dipanggil sebagai "Illusion of Choice".

9. Justeru, media sangat berperanan dalam soal ini. Media akan digunakan untuk meberikan pilihan-pilihan jawapan tetapi jawapan yang tersedia hanyalah jawapan yang terarah kepada "framing" yang telah dibuat.
‘’till at last the child’s mind is these suggestions, and the sum of the suggestions is the child’s mind. And not the child’s mind only. The adult’s mind too all his life long. The mind that judges and desires and decides made up of these suggestions. But all these suggestions are our suggestions!“ - Aldous Huxley, Brave New World

10. Jadi, kalian fikirkanlah adakah kalian termasuk dalam rangka-rangka pilihan jawapan tertentu?

ps: masih tertanya-tanya, adakah konspirasi tu = rangka-rangka? Aku masih di rangka mana?

0 komen:

Catat Ulasan